Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja

1. Keinginan untuk bergerak.
• Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.
2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.
• Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.
• Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain
4. Keinginan untuk bersaing
• Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.
5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.
• Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.
6. Keinginan untuk meneroka
• Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.
7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.
• Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif
8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.
• Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.
9. Keinginan untuk kefahaman.
• Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran

0 comments:

Post a Comment