Info H1N1

Utusan Malaysia

Jumaat, 17/07/2009

Satu lagi kes baru di Sarawak

KUCHING 16 Julai - Sarawak mencatat satu lagi kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) hari ini menjadikan jumlah keseluruhan di negeri ini meningkat kepada 37 kes.

Bilik Operasi Negeri dalam kenyataannya hari ini memberitahu, kes ke-37 itu merupakan jangkitan tempatan membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun.

Menurutnya mangsa tidak mempunyai rekod perjalanan rekod ke luar negara.

"Daripada 37 kes yang dicatatkan di negeri ini sehingga kini, 23 daripadanya merupakan kes import manakala 41 lagi jangkitan tempatan," katanya.

Kenyataan itu menambah, sebanyak empat lagi kes masih mempunyai hasil ujian klinikal.

0 comments:

Post a Comment